Wednesday, 27 April 2011

Parut Di Hati


Beginilah kisah perjalanan hidup aku ,
Selalu buat kesalahan berulang-ulang kali .
Sering berucap tidak serupa bikin ,
Kalau minta maaf skrg pun , esok lusa pasti ulang semula .
Aku sungguh menyesal kerana lepaskan dia . Namun apakah daya ? 
mungkin ini yg terbaik utk kami berdua .


“sesungguhnya kita tidak akan menghargai apa kita ada,
Sehingga tiba saat kita kehilangannya”


Aku dah hilang arah tuju ,
Kalau dulu , aku ada dia utk igtkan aku solat , buat kerja rumah ,
Dia sering dorong aku ke arah kebaikkan .
Buat seketika , aku terasa seolah-olah aku mampu berubah ,
Dia jaga dan belai aku begitu manja ,
Semakin hari , aku semakin syg dia ,
Sebagai balasan , aku buat dia berasa senang dan bahagia ,
Tidak sedetik pun terlintas dalam fikiran aku utk pergunakan dia ,
Hanya satu yg membuat aku kekal bersama dia ,
Iaitu senyuman dia yg comel lentik ,
Segila mana aku jadi , semarah mana aku mengamuk ,
Apabila dia bersuara , aku mampu jadi lembut semula .
Ia bukan sekadar sebarangan kata , namun ini la kenyataan ttg sy .


Tetapi , sebagaimana korg tahu , cerita aku tidak pernah akhir dgn kisah gembira .
Tepat 23/04/11 , aku marah dia , aku sound dia kaw-kaw .
Inilah aku , “selalu mengucapkan kata tidak seiring hati” .
Niat aku marah adalah suci , niat aku hanya untuk ubahkan dia .
Apa gunanya cinta kalau tiada salah faham ?
Adakah semua orang sudah cukup sempurna untuk berbahagia ?
Aku cuma tidak mahu ada sedikit kecacatan di hati dia ,
Aku mahu jadikan dia sempurna di hati aku .
Aku ingin bimbing dia sehingga kami naik ke pelamin ,
Aku ingin meluangkan setiap detik yg aku ada bersama dia ,
Aku mahu pergi ketika dalam dakapan dia .
Tidak banyak pun aku minta , tolonglah JAGA HATI AKU .
Peganglah hati aku seperti mana aku menjaga dia .
Namun , apakah daya ? Dia sendiri tidak paham apa erti CINTA .


Aku sedar , tiada sebarang kata yg aku ucapkan mampu ubah keadaan ,
Sekurang-kurangnya , jikalau aku pergi sebelum masa ,
Aku harap dia dapat faham situasi aku bagaimana ,
Bukan mudah utk seseorang panas baran seperti aku untuk berubah .
Aku bukan gangster , tetapi aku cukup kuat utk berjuang demi dia .
Aku tidak pandai , tetapi aku sedang berusaha .
Aku tidak berduit , tetapi aku akan kerja utk sara dia .
kerana bagi aku , hidup aku tak bermakna tanpa dia kt sisi aku .


aku juga pernah ada bekas kekasih ,
mmg ramai , tetapi hanya satu yg menjadi kenangan pahit aku ,
cinta pertama aku , Aina . aku tak pernah cerita kat sesiapa ,
memandangkan situasi dah begini , lebih baik aku beritahu juga .
suatu malam , 15 April 2006 ,
time kami umur 12 tahun , dia bagitahu yg dia nak keluar dgn kakak dia ,
aku benarkan dia keluar tanpa berfikir apa-apa .
kami text sehingga ke malam , namun , dalam perjalanan dia pulang ,
kereta kakak dia pancit . so kakak dia call kawan2 dia .
try guess what happen ? the next thing i knew is ,
she got pregnant .
kawan kakak dia kata "RINGAN-RINGAN JE , TAK SENGAJA"
alasan jenis apa ni ?
aku tahu aku masih budak , tak berdaya nak beraksi ,
tetapi , agak-agak la jugak . budak tu anak dara org .
dia sekolah pun tak habis UPSR agi .

suddenly after that incident , she left me just like that .
dia hilang hampir 4 bulan sebelum aku pindah Cheras .
aku mencari dia di pelusuk kota KL ,
langsung tak jumpa sampai skrg .
semenjak hari itu , aku nekad , aku tidak akan melakukan sebarang zina .
aku akan menjaga GF aku sebaik mungkin agar benda ni tidak berulang .
sakit kau paham tak ?


tambahan pula ketika FORM 3 , ketika bersama Haqimah ,
aku ngaku , aku pernah peluk dia , pegang tgn dia .
sekadar tu je aku buat . lepas itu ustaz zainuddin tuduh aku macam2 ,
dia fitnah aku pengedar dadah . terlibat dgn kongsi gelap .
disinilah bermula jalan hidup aku yg songsang .
dadah ? arak ? semua itu makanan harian aku .
aku bergaduh sana sini .aku semakin liar . hidup aku menular seperti ular sawa .
sehingga satu hari , aku berhijrah buat umrah .
aku terdengar seruan untuk aku berubah .ketika di bukit Jabba Rammah ,
aku berniat ,


"temukan lah aku dgn pasangan aku ,
agar aku dapat berubah menjadi manusia semula" 


selepas selesai umrah , hati aku ringan ,
aku berazam untuk menyambung semula sekolah .
lalu aku buat rayuan , tidak lama kemudian ,
rayuan aku diluluskan lalu aku sekolah di BTHO semula .
aku paham mengapa jikalau sesetengah guru tidak suka aku ,
tapi aku pedulik apa ? aku ada mak angkat aku dan penjaga aku ,
biar berjuta guru mencari masalah ,
aku sentiasa akan tabah tempuhi dugaan selagi Pn Zalina , Cikgu Tazri & Shanti disisi .




tapi , kini aku telah melakukan kesilapan besar .
aku ingat , seandainya aku lepaskan dia , aku mampu berdiri dgn teguh ,
Tetapi ternyata , tiang aku masih gopoh .
Aku belum bersedia kehilangan dia . aku masih perlukan dia untuk bimbing aku .
aku rasa , dia adalah cahaya hidayah bagi aku .
kerana selama aku bercinta monyet ,
sepanjang aku bersama Puteri , aku mampu bahagia .
tanpa menjalin sebarang hubungan selain kawan .




 Seandainya aku hanya ada 5 saat terakhir untuk bernafas ,
Aku ingin berada disisi dia . meluangkan saat terakhir aku bersama dia .
Aku baru kehilangan dia sehari , namun hati aku rindukan dia seolah-olah sudah setahun lebih .
mungkin inilah yg digelar dilusi .




namun apapun , memang aku muda di umur ,
tetapi jasad aku lebih tua daripada angka ,
dalam tempoh 5 tahun di sekolah menengah ,
pelbagai perkara telah aku tempuhi .
sehingga kini , aku masih tiada penyesalan .
kerana ,




"kita hanya mampu merancang ,
tetapi takdir telah ditetapkan"

Escape The Fate - Harder Than You Know